Jumaat, November 07, 2008

KELAHIRAN ALISYA

25 Jam Selepas Dilahirkan



  • Penantian adalah sungguh meletihkan, sepatutnya Alisya telah lahir sebelum atau mengikut waktunya
  • Namu begitu, setelah masa yang ditetapkan pihak hospital tamat Alisya masih tak nak lahir
  • Pihak Hospital memberi masa 3 hari sebelum dipaksa rela ke wad.
  • Sampai waktunya Mak Alisya pergi jua ke Hospital dan bermalam di wad selama 2 hari sebelum Alisya lahir normal atau pembedahan.
  • Pada tengahari khamis tu abang duduk termenung mengingatkan Mak Alisya yang masih belum melahirkan.
  • Tanpa disedari, roh abang telah pegi bejumpa Mak di hospital. Abang duduk disebelah mak dan merenung matanya.
  • Abang salam dan cium tangan Emak lalu abang memohon maaf dari mak atas segala kesalahan Abang kerana telah buat dia menanti kehadiran abang kepadanya.
  • Abang juga memaafkan dia dan menghalalkan segalanya dan berjanji padanya akan datang bila hati abang dah tenang dan bersih.
  • Dia nampak tersenyum dan nampak apa yang tertangguh di hatinya telahpun diselesaikan, semua persoalan telah terjawab.
  • Abang menangis betul-betul kerana abang telah banyak menyakitkan hati Emak dan merasa amat bersalah kepadanya.
  • Selang sejam selepas itu abang dapat berita yang Alisya Telah selamat dilahirkan ke muka bumi ini dan mak pun selamat.
  • Abang mengucapkan syukur ke Hadrat Ilahi kerana telah memudahkan kelahiran Alisya.
  • Gambar ini diambil 25 jam selepas dilahikan.
  • Alisya dilahirkan sekitar Jam 1.30 ptg 06 November 2008M Bersamaan 08 Zulkaedah 1429H