Rabu, November 12, 2008

PROGRAM MENAMAKAN BABY

Pemilihan Nama Yang Sesuai
  1. Bebeapa hari setelah bayi ini dilahirkan dan setelah keduanya selamat pulang ke rumah, maka bermulalah program reliti mencari nama yang sesuai.
  2. Nama pertama yang dicadangkan Ialah NOR ASHIRA BINTI HARON
  3. Nama kedua yang dicadangkan Ialah NOR ARINA BINTI HARON
  4. Kami semua adik-adik hanya perlu vote salah satu nama sahaja
  5. Namun begitu, abang tidak tahu keputusan bagi program itu.
  6. Bila abang pulang setelah sebulan baby dilahirkan barulah abang tahu yang kedua-dua nama itu tidak menjadi pilihan.
  7. Masa itu timbul pula pilihan ke-3 iaitu NOR ALISYA BINTI HARON yang dicadangkan oleh Along dan ia jadi pilihan sebulat suara.

Jumaat, November 07, 2008

KELAHIRAN ALISYA

25 Jam Selepas Dilahirkan



  • Penantian adalah sungguh meletihkan, sepatutnya Alisya telah lahir sebelum atau mengikut waktunya
  • Namu begitu, setelah masa yang ditetapkan pihak hospital tamat Alisya masih tak nak lahir
  • Pihak Hospital memberi masa 3 hari sebelum dipaksa rela ke wad.
  • Sampai waktunya Mak Alisya pergi jua ke Hospital dan bermalam di wad selama 2 hari sebelum Alisya lahir normal atau pembedahan.
  • Pada tengahari khamis tu abang duduk termenung mengingatkan Mak Alisya yang masih belum melahirkan.
  • Tanpa disedari, roh abang telah pegi bejumpa Mak di hospital. Abang duduk disebelah mak dan merenung matanya.
  • Abang salam dan cium tangan Emak lalu abang memohon maaf dari mak atas segala kesalahan Abang kerana telah buat dia menanti kehadiran abang kepadanya.
  • Abang juga memaafkan dia dan menghalalkan segalanya dan berjanji padanya akan datang bila hati abang dah tenang dan bersih.
  • Dia nampak tersenyum dan nampak apa yang tertangguh di hatinya telahpun diselesaikan, semua persoalan telah terjawab.
  • Abang menangis betul-betul kerana abang telah banyak menyakitkan hati Emak dan merasa amat bersalah kepadanya.
  • Selang sejam selepas itu abang dapat berita yang Alisya Telah selamat dilahirkan ke muka bumi ini dan mak pun selamat.
  • Abang mengucapkan syukur ke Hadrat Ilahi kerana telah memudahkan kelahiran Alisya.
  • Gambar ini diambil 25 jam selepas dilahikan.
  • Alisya dilahirkan sekitar Jam 1.30 ptg 06 November 2008M Bersamaan 08 Zulkaedah 1429H