Rabu, Disember 31, 2008

MAK PINDAH

Alisya Berusia 53 Hari

  • Assalamualaikum kepada semua, pada hari ini adalah merupakan hari yang penuh dengan kesayuan.
  • Hari ini dalam sejarah Keluarga Alisya telah berlaku perpindahan sempena Maal Hijrah 1420H. Dari Kg Jorak Elahi Ke Kg Pt. Hamid.
  • Along dah tak henti-henti menangis manakala mak pula kekadang tidak boleh mengawal perasaan sedih itu.
  • Abang pula hanya ceria dan tiada rasa sedih kerana pada hari ini adalah pertama kali abang jejakkan kaki ke rumah Mak setelah kali terakhir ialah pada 26 September 2008.
  • Semua adik2 emak datang membantu dan mereka juga merasa sedih
  • Apapun perpisahan dan pertemuan itu menjadi lumrah dalam kehidupan kita.
  • Abang tido kat rumah baru Alisya sampai 31 Disember dan pada malam itu abang menangis kerana terpaksa berpisah pula dengan mak kerana rasanya baru sekejap bersama.

Rabu, November 12, 2008

PROGRAM MENAMAKAN BABY

Pemilihan Nama Yang Sesuai
  1. Bebeapa hari setelah bayi ini dilahirkan dan setelah keduanya selamat pulang ke rumah, maka bermulalah program reliti mencari nama yang sesuai.
  2. Nama pertama yang dicadangkan Ialah NOR ASHIRA BINTI HARON
  3. Nama kedua yang dicadangkan Ialah NOR ARINA BINTI HARON
  4. Kami semua adik-adik hanya perlu vote salah satu nama sahaja
  5. Namun begitu, abang tidak tahu keputusan bagi program itu.
  6. Bila abang pulang setelah sebulan baby dilahirkan barulah abang tahu yang kedua-dua nama itu tidak menjadi pilihan.
  7. Masa itu timbul pula pilihan ke-3 iaitu NOR ALISYA BINTI HARON yang dicadangkan oleh Along dan ia jadi pilihan sebulat suara.

Jumaat, November 07, 2008

KELAHIRAN ALISYA

25 Jam Selepas Dilahirkan



  • Penantian adalah sungguh meletihkan, sepatutnya Alisya telah lahir sebelum atau mengikut waktunya
  • Namu begitu, setelah masa yang ditetapkan pihak hospital tamat Alisya masih tak nak lahir
  • Pihak Hospital memberi masa 3 hari sebelum dipaksa rela ke wad.
  • Sampai waktunya Mak Alisya pergi jua ke Hospital dan bermalam di wad selama 2 hari sebelum Alisya lahir normal atau pembedahan.
  • Pada tengahari khamis tu abang duduk termenung mengingatkan Mak Alisya yang masih belum melahirkan.
  • Tanpa disedari, roh abang telah pegi bejumpa Mak di hospital. Abang duduk disebelah mak dan merenung matanya.
  • Abang salam dan cium tangan Emak lalu abang memohon maaf dari mak atas segala kesalahan Abang kerana telah buat dia menanti kehadiran abang kepadanya.
  • Abang juga memaafkan dia dan menghalalkan segalanya dan berjanji padanya akan datang bila hati abang dah tenang dan bersih.
  • Dia nampak tersenyum dan nampak apa yang tertangguh di hatinya telahpun diselesaikan, semua persoalan telah terjawab.
  • Abang menangis betul-betul kerana abang telah banyak menyakitkan hati Emak dan merasa amat bersalah kepadanya.
  • Selang sejam selepas itu abang dapat berita yang Alisya Telah selamat dilahirkan ke muka bumi ini dan mak pun selamat.
  • Abang mengucapkan syukur ke Hadrat Ilahi kerana telah memudahkan kelahiran Alisya.
  • Gambar ini diambil 25 jam selepas dilahikan.
  • Alisya dilahirkan sekitar Jam 1.30 ptg 06 November 2008M Bersamaan 08 Zulkaedah 1429H


Jumaat, September 26, 2008

KANDUNGAN BERUSIA 7 BULAN

Kandungan Berusia 7 Bulan



  • Masa ini telah diadakan majlis mengacau dodol di rumah akak kat jorak
  • Tapi Abang Jalil tiada kerana abang sibuk menguruskan pintu gerbang kat Jorak Laut.
  • Sebenarnya pada waktu ini ababg dah jarang singgah kerana ada masalah peribadi
  • Masa ini bulan puasa kurang 4 hari sebelum raya tahun 2008 iaitu pada 29 Sept 2009

Jumaat, Februari 15, 2008

WAKTU INI DAH ADA

WAKTU NI DAH ADA


  • Masa ni kami semua pegi melancong ke terengganu pada bulan februari 2008 dan pada waktu ini akak tidak sedar yang alisya telah ada di rahimnya
  • Masa pegi terengganu kami semua happy sangat cuma abangmu ini yang tidak berapa happy kerana masalah yang dihadapi.