Rabu, Disember 31, 2008

MAK PINDAH

Alisya Berusia 53 Hari

  • Assalamualaikum kepada semua, pada hari ini adalah merupakan hari yang penuh dengan kesayuan.
  • Hari ini dalam sejarah Keluarga Alisya telah berlaku perpindahan sempena Maal Hijrah 1420H. Dari Kg Jorak Elahi Ke Kg Pt. Hamid.
  • Along dah tak henti-henti menangis manakala mak pula kekadang tidak boleh mengawal perasaan sedih itu.
  • Abang pula hanya ceria dan tiada rasa sedih kerana pada hari ini adalah pertama kali abang jejakkan kaki ke rumah Mak setelah kali terakhir ialah pada 26 September 2008.
  • Semua adik2 emak datang membantu dan mereka juga merasa sedih
  • Apapun perpisahan dan pertemuan itu menjadi lumrah dalam kehidupan kita.
  • Abang tido kat rumah baru Alisya sampai 31 Disember dan pada malam itu abang menangis kerana terpaksa berpisah pula dengan mak kerana rasanya baru sekejap bersama.